Perak Today

Polis Tahan Seorang Suspek Kes Dera Suri Rumah
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang suri rumah yang didera suaminya di Kampung Petaling Bahagia, Jalan Puchong di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Kinrara Puchong.

“Penglibatan suspek… tolong hantar mangsa ke hospital bersama suspek utama iaitu suami mangsa,” katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini pada Ahad.

Ku berkata polis kini masih memburu suami mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa, Nurhidayah A. Ghani, 28, meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1.10 pagi Sabtu.

Suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian.

-BERNAMA

Afiq Muiz Diminta Bertaubat & Minta Maaf Pada Ibu
Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohonan maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu.

Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.

“Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

“Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.

“Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.

“Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan Afiq yang meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu yang membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.

Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut selepas hatinya hancur melihat perubahan Afiq yang disifatkannya sudah lupa diri malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.

Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18.

Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayanginya dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.

Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih.

“Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa.

“Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk.

“Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita,” tegasnya.

-mStar

Kunjungan pelancong hambar
Shaza Haniza sedang menyusun pelbagai jenis batik lukisan tangan untuk dipamerkan kepada pembeli:-

KUALA TERENGGANU – Beberapa peniaga ditemui di sekitar Bazar Warisan dan Pasar Besar Kedai Payang mengakui kunjungan pelancong ke Terengganu agak hambar berbanding tahun sebelum ini.

Pekerja kedai batik, Shaza Haniza Mamat, 24, berkata, kebiasaannya, pelancong akan mula mengunjungi Terengganu menjelang musim cuti persekolahan, tetapi kali ini kunjungan mereka tidak begitu meriah, sekali gus tidak merancakkan aktiviti jual beli.

“Kita harap sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT2013) ini, dapat mengubah persepsi masyarakat untuk melihat sesuatu yang menarik di sini. Tidak disangkal, ramai yang lebih tertumpu untuk mengunjungi pulau-pulau yang terdapat di negeri ini.

“Walaupun begitu, kita akui, sebagai peniaga kita akan berdepan dengan suasana pasang surut. Kemeriahan kunjungan pelancong ke sini untuk mencari batik buatan tangan yang disifatkan lebih kukuh dan kuat agak hambar,” katanya.

Ditanya mengenai harga barangan yang dijual di sini yang didakwa sesetengah pihak agak mahal terutama batik, katanya, ia selaras dengan harga pasaran.

Sehubungan itu, katanya, dia berharap agar promosi lebih agresif diadakan bagi membantu merancakkan lagi kunjungan pelancong ke negeri ini khususnya di pusat bandar Terengganu.

“Bukan tiada langsung pelancong, ada. Tetapi, tidak meriah dan tidak rancak. Seolah-olah kita bukan di TMT2013. Jadi, pada saya, mungkin dengan mengadakan promosi secara lebih kerap akan dapat membantu menarik lebih ramai pelancong ke sini,” katanya.

Sementara itu, pekerja kedai cenderamata, Anisa Mamat, 23, berkata, sambutan pelancong agak hambar lebih-lebih lagi setelah aktiviti Persembahan Kebudayaan yang dijalankan pada Jumaat hingga Ahad dihentikan, dan hanya tinggal Payang Walk.

“Kalau dulu ketika persembahan kebudayaan sedang rancak diadakan, suasana agak meriah dan memberi semangat kepada kami sebagai penjual untuk menjalankan perniagaan.

“Kebanyakan pelancong mahukan sesuatu yang unik dan hasil kraf tangan yang melambangkan Terengganu. Bagaimanapun, dengan statistik kunjungan yang saya sendiri lihat agak hambar ini, sukar bagi kami untuk luaskan perniagaan,” katanya.

Tambahnya lagi, kebiasaannya, tahun sebelum ini, pengunjung ramai berkunjung ke Terengganu ketika cuti persekolahan pada pertengahan tahun memandangkan hujung tahun Terengganu biasa berdepan musim tengkujuh.

“Sebelum ini, saya dapati ramai pelancong berkunjung ke sini walaupun bukan diisytiharkan TMT2013. Tahun ini, secara peribadi saya berpandangan kunjungan pelancong agak kurang sedikit berbanding tahun lalu,” katanya.

- SINAR HARIAN

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul bawa ibu bapa tunai Umrah
SALAH seorang juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama yang juga seorang pelakon, Hairul Azreen bakal membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah seperti yang dijanjikannya, hujung Julai ini.

Hairul memberitahu hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah sebelum diumumkan sebagai juara.

Hairul bersama Dazrin Kamarudin muncul juara selepas menewaskan 14 pasangan selebriti lain dengan membawa pulang RM200,000.

Dalam episod terakhir, tiga pasangan selebriti lain yang turut mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul dan Hefny, Dafi Ismail dan Zoey Rahman serta Elfira Loy dan Ajak Shiro.

“Saya dan mak ayah akan menunaikan Umrah hujung Ramadhan ini dan kami akan beraya di sana.

“Setakat ini, baru kami bertiga saja yang sudah berdaftar. Mungkin adik-beradik lain ikut tapi belum pasti lagi sebab mereka bekerja,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Akui sibuk dengan penggambaran, Hairul masih belum sempat menghadiri kursus Umrah.

“Sekarang sibuk ‘shooting’, jadi, masih belum sempat pergi kursus Umrah. Banyak benda kena belajar. Yelah dari tak tahu apa-apa kan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelakon Hantu Kapcai ini bakal menjadi hos untuk program TV terbitan RTM, Ekstrem.

Hairul juga bakal ke Korea Selatan dalam masa terdekat untuk penggambaran drama 13 episod yang berkisar tentang pertukaran pelajar ke Korea.

- SINAR HARIAN

Dua Termasuk Anggota Polis Cedera Ditetak Di Balai Polis
SEGAMAT: Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Mohd Kamil Sukaimi, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.

“Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

“Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki,” katanya ketika dihubungi di sini, malam Sabtu.

Menurutnya, anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta.

Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta.

“Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat,” katanya.

Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.

-BERNAMA

Khaled bidas kenyataan Koo Ham
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.

Menurutnya, pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong selaku exco bukan kerana patuh kepada Umno, sebaliknya akur kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Konsep kita ialah konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (patuh) dan sebagainya, tetapi konsep kerjasama dan muafakat.

“Dan apa yang MCA patuh adalah kepada tuanku dan bukannya kepada Umno. Penerimaan jawatan itu adalah menghormati titah tuanku bukannya Umno. Apa sahaja kita buat pembangkang akan perlekehkan. Jadi kita tak heran bila dia cakap begitu,” katanya kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013 di Pusat Islam Iskandar, di Johor Baharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Koo Ham menerusi laman sosial Twitter yang mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada Umno dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Siew Kiong.

Selain itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang baru dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemilihan ramai ahli parlimen Johor.

“Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah beri tanggungjawab serta mengiktiraf ramai wakil-wakil rakyat Johor untuk bersama-sama dalam kabinet untuk penggal ini.

“Saya percaya wakil-wakil rakyat dari Johor tidak akan sia-siakan keyakinan perdana menteri dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada proses mentransformasikan negara,” katanya.

- SINAR HARIAN

Persembahan Bertenaga Mizz Nina, Kejutan Jay Park
Penyanyi Mizz  membuka tirai konsert tepat pada pukul 9 malam menerusi lagu rancak berjudul Just Do It dan Hit Me Up dengan persembahan cukup bertenaga.

Meneruskan momentum itu, Nina meneruskan persembahan dengan lagu With You yang pernah di popularkannya bersama kumpulan Teh Tarik Crew.

Nina turut mengundang Altimet ke pentas untuk menyanyikan lagu tersebut bersamanya.

Terus mengikat tumpuan penonton malam itu, Nina meneruskan dengan lagu rancak seperti Away With You, Yesterday dan Let Me See Get It.

Tambah menarik, set pentas rekaan Raja Malik yang berlatarkan visual grafik menerusi skrin besar dan pencahayaan berwarna-warni cukup menyerlah dan bertaraf antarabangsa.

Persembahan selingan daripada penari iringan juga bertenaga dengan pelbagai jenis tarian dipersembahkan.

Menerusi konsert ini Nina memperlihatkan kebolehan dan kepelbagaiannya sebagai penyanyi yang mampu menyampaikan lagu pelbagai genre.

Konsert itu diteruskan dengan segmen Nina menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu seperti Rentak Yang Sama, Pinda Minda dan Sri Kandi yang turut menampilkan Mawar Berduri dari kumpulan Ahli Fikir.

Nina turut mengundang suaminya, Noh Salleh untuk menyanyikan lagu duet mereka, Kurnia.

Kemunculan Noh mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dengan aksi bersahaja dengan petikan gitar secara akustik.

Pada set ketiga persembahan, Nina kembali menyampaikan lagu hitnya iaitu What You Waiting For sebelum meneruskan dengan lagu Summer Burning.

Tidak menunggu lama, kemunculan penyanyi K-Pop iaitu Jay Park menggamatkan suasana apabila dia muncul untuk mendendangkan lagu duet mereka, Around The World.

Sempat bermesra dengan penonton, Jay turut mempersembahkan tiga buah lagunya khas buat peminat yang hadir.

Konsert turut diserikan dengan kehadiran kedua ibu bapa Nina selain rakan-rakan selebriti seperti Dayang Nurfaizah, Awi Rafael dan Hanes Suraya.

Pakej konsert yang lengkap hampir pada setiap aspek termasuk susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan diakhiri dengan lagu Take Over.

Pas tidak sokong kekerasan, pilih demokrasi
Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.

Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.

“Bagaimana pun Pas tiada kuasa untuk menghalang kumpulan ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebuah portal berita melaporkan, sebuah NGO yang menggelar diri mereka Asal Bukan Umno (ABU) melalui jurucakapnya Haris Ibrahim, merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan seterusnya merampas Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara.

Katanya, Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia.

“Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menolak sebarang usaha menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan kerana cara tersebut akan menghumban negara ke kancah ketidakstabilan.

Setakat ini, sebanyak enam perhimpunan besar oleh mereka yang menggelarnya sebagai ‘Himpunan 505′ bermula daripada perhimpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas PRU13.

- SINAR HARIAN

Pandelela, Mun Yee raih perak
Pandelela (dua, kiri) muncul di podium kedua acara terjun 10 meter di Mexico, semalam:-

PANDALELA Rinong dan Leong Mun Yee membuktikan mereka masih lagi gandingan serasi selepas meraih pingat perak dalam acara terjun 10 meter di Siri Terjun Dunia (DWS) di Guadalajara, Mexico, semalam.

Mereka terpaksa akur dengan China yang merangkul emas walaupun membariskan gandingan penerjun nombor dua, Li Huixia-Si Yajie, hasil pungutan  336.54  mata. Pandelela dan Mun Yee meraih 308.82 mata.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Britain, Rusia, Tonia Couch-Sarah Barrow dengan 304.38 mata, sementara penerjun Kanada, Roseline Filion-Meaghan Benfeito raih tempat keempat dengan catatan 302.52 mata.

Bulan lalu, gandingan mereka berdua meraih perak di Edinburg, Scotland dalam siri DWS dan pada April tahun lalu, mereka merangkul pingat gangsa di Moscow, Rusia.

- SINAR HARIAN

Que Haidar Kembali Berlakon Bukan Kerana Wang
Pelakon Que Haidar menjelaskan soal wang tidak pernah menjadi faktor kepada keputusannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, sebaliknya berkata, ia adalah atas kemahuan dirinya sendiri dan isu itu tidak pernah timbul.

“Saya mempunyai pekerjaan lain selain daripada berlakon jadi keputusan ini bukan kerana wang tetapi pilihan sendiri tanpa paksaan sesiapa.

“Zaman saya berlakon untuk membayar bil telah berlalu kerana sekarang ia lebih kepada kepuasan dan apa yang saya suka dalam sesebuah karya itu,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Que memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor untuk saluran Astro Ceria dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran bahagian pertama drama tersebut.

Suami kepada Linda Jasmine itu kali terakhir muncul dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo yang ditayangkan Februari lalu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai drama berkenaan, Que berkata dia tertarik untuk menerima tawaran daripada pihak produksi kerana jalan cerita dan skrip Budak Johor mempunyai ‘feel’ seperti filem kegemarannya iaitu Kami lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

“Pada mulanya saya ragu-ragu juga sama ada mahu terima atau tidak tetapi selepas membuat perbincangan dengan pihak produksi dan membaca skripnya saya sangat tertarik hati.

“Ia mempunyai ‘feel’ seperti filem Kami tambahan pula jalan ceritanya sangat menarik,” katanya.

Sementara itu, Que berkata, dia juga bakal bekerjasama dengan pengarah filem Bunohan, Din Said namun masih belum dapat mengesahkan mengenai projek berkenaan.

Jelas Que, dia telah lama mengenali Din dan meminati karyanya dan pelawaan pengarah itu untuk berlakon dalam filem arahannya adalah peluang keemasan.

“Insya-Allah jika tiada apa-apa hujung tahun projek itu akan berjalan namun semuanya masih dalam perbincangan. Bagaimanapun peluang untuk berlakon di bawah arahan Din adalah antara impian saya,” katanya.

Tambah Que, setakat ini juga sudah ada beberapa produksi yang telah membuat tawaran kepadanya namun masih belum memberikan kata putus kerana perlu memikirkan tentangnya terlebih dahulu.

“Satu projek filem saya dah tolak kerana jadual dan lain-lain sedang buat pertimbangan dan Insya-Allah jika bersesuaian pasti saya akan terima,” katanya.

-mStar