Published On: Thu, Jan 24th, 2013

Bakar Bible: Cepat Benar DAP Bertindak, Apa Motifnya?

Share This
Tags

Penulis tidak menyokong cadangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible bahasa Melayu yang tertulis di dalamnya kalimah Allah untuk menggantikan Tuhan.

Walaupun penulis sedar kata-kata itu adalah kemuncak kepada provokasi melampau puak-puak kristian dan DAP berhubung perkara tersebut kebelakangan ini, tapi yang tak betul, tak betul juga.

Itu prinsip.

Sudah tentu bila kita ajukan perkara ini kepada DAP, parti rasis tersebut akan ambil pendirian cuci tangan, tidak mahu mengaku terlibat walaupun jelas di mata kita, semua kekecohan ini bermula setelah Guan Eng menyentuh perkara tersebut (kalimah Allah dalam Bible) dalam perutusan hari Krismasnya.

Tapi bila DAP dilihat antara beberapa pihak terawal membuat laporan polis terhadap Perkasa dan Ibrahim Ali kerana mengugut untuk membakar Bible, maka jelaslah di mata kita sekarang bahawa memang merekalah dalang yang cuba mencetuskan kekacauan agama di negara ini menggunakan isu kalimah Allah.

DAP tahu sangat isu itu isu sensitif, dan mereka memang tunggu sahaja kalau ada yang tersilap cakap dan bolehlah isu itu dipolitikkan semahu-mahunya. Nak-nak pulak kalau siasatan polis mendapati tidak ada unsur hasutan dalam kenyataan Ibrahim Ali itu, lagilah hebat mereka menggasak.

Isu ini bukan isu politik pun tapi isu agama, yang DAP sibuk-sibuk tu kenapa? Adakah DAP cuba nak cetuskan provokasi politik dan agama sekaligus?

Penulis katakan provokasi sebab kalau kita lihat kenyataan-kenyataan pemimpin DAP dan gereja berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible ini, hampir semuanya menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan majalah mingguan Kristian, The Herald menggunakan perkataan Allah.

Sedangkan pihak-pihak ini terlupa, keputusan tersebut masih tergantung perlaksanaannya di Mahkamah yang menerima rayuan Kementerian Dalam Negeri selepas itu.

Mereka (DAP & Gereja) tahu ini, tapi tetap nak sebut juga dan akhirnya bila ada yang mula naik radang, dia pusing tang lain pulak.

Jadi kalau pihak polis nak siasat Ibrahim Ali, siasat juga Gereja, DAP dan portal-portal berita mereka seperti Malaysian Insider yang galak membincangkan hal ini tanpa memikirkan kesannya terhadap sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini dengan menjadikan keputusan tergantung Mahkamah Tinggi pada 2009 itu sebagai alasan.

Sebetulnya, sejak PAS menarik balik keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible ini, DAP yang memang bergantung kepada gereja untuk mendapatkan sokongan sudah mula merasakan bahaya terhadap mereka dalam pilihanraya akan datang.

Silap-silap, undi dari orang Islam dan Kristian pun boleh hilang sekaligus setelah PAS berubah fikiran dari bersetuju kepada tidak bersetuju.

Sudah tentu kalau itu berlaku, harapan untuk mengawal Pakatan Rakyat melalui jumlah kerusi yang lebih besar di Parlimen tidak akan tercapai.

Ya, DAP tidak begitu mementingkan jumlah kerusi yang diberikan kepada mereka untuk bertanding, yang penting, berapa kerusi yang mereka boleh menang.

Dengan ada di antara kerusi-kerusi tersebut bergantung kepada perpecahan di kalangan orang Melayu (undi bukan Melayu sudah solid), perkembangan sekarang ternyata tidak baik untuk DAP.

Jadi penting untuk orang Islam tahu bahawa isu kalimah Allah dan kenyataan Ibrahim Ali itu berkaitan dan menjadi tegang kerana cuba dipolitikkan pihak-pihak tertentu, terutama DAP.

Hendaknya janganlah kita termasuk ke dalam perangkap jahat ini dengan membalas provokasi-provokasi pihak ini, sebaliknya biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Puak-puak ini memang mahu cetus kekacauan, biar kerajaan digantung dan mereka ada peluang berkuasa ikut jalan belakang.

- PESONA IMPIAN

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 1 Comments
Have Your Say
  1. Gabem Zaman says:

    Kenapa tidak kita juga edarkan Al-Quran kpd mereka, iaitu golongan kristian & kafirin dan juga kepada DAP. Al-Quran menjelaskan kebenaran dan menawab segala kekeliruan ya ada dalam bible.

    Bukankah menjadi tanggong jawab umat Islam menyampai & menyebarkannya.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>