Published On: Wed, Feb 27th, 2013

GSW Kagum Malaysia Laksana Usaha Martabatkan Kaum Wanita

Share This
Tags

Komitmen kerajaan dalam memperkasakan golongan wanita di negara ini dilihat sebagai contoh oleh negara luar.

Susulan daripada itu, Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 (GSW) yang bakal disertai oleh delegasi dari seluruh pelusuk dunia.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika berucap memberitahu, GSW membuka ruang serta platform kepada golongan wanita bagi meneroka strategi praktikal dan amalan terbaik dalam memajukan peluang ekonomi wanita di seluruh dunia.

Katanya persidangan kemuncak yang dianjur bersama GSW, Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri serta Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu bakal berlangsung bermula 6 Jun 2013 di Kuala Lumpur.

“Setakat ini delegasi dari lebih 70 negara telah mengesahkan penyertaan dalam acara ini,” katanya selepas merasmikan Forum Legasi Wanita – Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi.

Dengan memilih tema ‘Wanita: Mencipta Ekonomi Baharu’, persidangan berkenaan bakal membuka lembaran baru dalam dunia perniagaan mahupun korporat dikalangan golongan wanita.

“Menerusi persidangan kemuncak,  lebih 80 penceramah dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam pelbagai tajuk berkaitan wanita dalam perniagaan.

“Sidang kemuncak itu menyediakan peluang untuk wanita memulakan perniagaan atau membuat pelan kerjaya mereka,” katanya.

Rosmah berkata sidang kemuncak itu akan turut menawarkan delegasi peluang memasuki pasaran Malaysia melalui sesi khas oleh Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri.

Beliau berkata antara agenda sidang kemuncak itu ialah sesi pleno mengenai trend perniagaan serantau dan global, forum ketua pegawai eksekutif (CEO), forum usahawan dan strategi praktikal untuk pertumbuhan, sesi pembinaan skill dan peluang-peluang mewujudkan rangkaian perniagaan.

Untuk galeri gambar – KLIK SINI

About the Author

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>