Published On: Tue, Dec 25th, 2012

Hari Kedua Misi Bantuan Taufan Bopha KP1M: “Malaysia, Filipina We Are Like Brothers”

Share This
Tags

“Saya rasa begitu terharu kerana kerajaan Malaysia telah banyak membantu Filipina dalam pelbagai perkara termasuk dalam aspek bantuan bencana alam”.

Ketua Kem Penempatan Bencana Baganga, Leftenan Kolonel Krishnamurti Motella menganggap kehadiran sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu mangsa Taufan Bopha adalah seperti kedatangan ahli keluarga sendiri.

Katanya, kebanyakkan daripada mangsa tidak dapat menyambut perayaan Krismas, berikutan musibah yang menimpa sekitar 19,000 keluarga di sekitar Davao.

Beliau menambah, setakat ini di Baganga seramai 1700 keluarga menjadi mangsa taufan terbabit dimana hampir kesemuanya mengalami masalah tempat tinggal serta kekurangan barang keperluan.

“Soal makanan di bagi mangsa ribut disini tidak menjadi satu masalah besar sebaliknya penduduk Baganga begitu sengsara kerana ketiadaan tempat tinggal serta kekurangan barangan keperluan harian.

“Apa yang diperlukan penduduk Baganga adalah kemudahan tandas serta sekolah cabin untuk kegunaan orang ramai.

“Selain itu, barangan keperluan harian seperti tuala, berus gigi dan lain-lain turut menjadi kehendak mangsa,” katanya kepada pemberita ketika disoal mengenai perkembangan mangsa Taufan Bopha di Davao, Filipina.

Dalam pada itu, Krishnamurti turut mengungkapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berikutan keprihatinan beliau yang menghantar pasukan sukarelawan melalui Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M).

Beliau menambah, walaupun majoriti rakyat di negara Malaysia ada dikalangan penganut Islam namun bantuan yang diberikan seolah-olah langsung tidak menunjukkan sempadan agama.

“Saya tahu mengenai konsep 1Malaysia yang diamalkan oleh Datuk Najib dan saya lihat ia bukan sahaja diaplikasikan di negara itu malah ia turut melepasi sempada negara.

“Sememangnya konsep 1Malaysia itu boleh diamalkan di setiap pelosok negara asalkan sesebuah kerajaan itu mempunyai hati yang murni untuk mewujudkan satu hubungan persahabatan dan menghulurkan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu perjalanan misi itu hari ini berjalan lancar walaupun kerajaan Filipina menjangkakan musibah kedua akan berlaku.

Menurut beliau lagi, KP1M tidak mahu mengabaikan nasib yang menimpa sahabat atau jiran di Davao, Filipina apabila Taufan Bopha berlaku.

“Ini adalah hari kedua dan setakat ini kita telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan makanan kepada 1,700 penduduk di perkampungan sekitar Baganga.

“Untuk hari ini, misi boleh dikatakan berjaya walaupun kita bimbang kalau-kalau berlakunya gelombang kedua taufan Bopha yang dikatakan lebih besar dari yang sebelum ini,” katanya.

About the Author

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>