Perak Today

Muhyiddin: We rather clarify issues to people than debate
KUALA LUMPUR: The Government prefers to clarify any issue rather than debate on it with the opposition, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“The Government does not act based on emotion but is rational in giving explanations.

“Some  people say we do not explain adequately, so there is this notion that  the government did not implement what the people want. But we can fix  this,” he said at a dialogue organised by the Alumni Association of  Universiti Technologi Mara (UiTM).

He said what was important was engaging the people to enable the matter to be discussed together.

Describing  the country’s democratic system as limited by the constitution and  laws, he said this was important to ensure that Malaysia remained  peaceful.

“It is not that we are not prepared to debate, but the  opposition’s mind is already set that what we do is of no benefit to the  people.

“We are not afraid, but it is better that we do it  rationally because the majority of the people are mature and able to  evaluate,” he said.

- Bernama

Muzakarah Dengan UMNO, Tajuk Drama Terbaru PAS
PAS bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO.

Ini adalah perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.

Tumpuan penulis ialah tentang isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang penulis petik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO.

Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa penulis kata “memang semata-mata ditujukan kepada UMNO”?  Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak muzakarah dengan PAS?  MIC, MCA, PPP?  Siapa?

Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah.  DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun.

Kalaupun muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalan penulis, tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang lepas?

Mana maruah Nik Aziz dan PAS?  Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.

Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.

Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang.

Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan, perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.

Ini yang Anwar mahu elakkan.  Serendah mana pun kedudukan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi Cina dan Melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini.

Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia.  Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO.

Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu ingat, penyertaan PAS dalam Barisan  Nasional (BN) dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata.

Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya.  Pedulilah yang ditinggalkan itu nak jadi apa, janji mereka dapat keuntungan.

Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu?

Ini yang penulis harapkan kepada pimpinan UMNO untuk perhalusi.

Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.  Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

- BERUANG BIRU

Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati Wajah terbaru Rita
PELAKON Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan  tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil  Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai  kelakar dan macam “budak-budak”

Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang  disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak  pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul  kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak  taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan  anak-anak.

“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang  buat (keluar rumah)  senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang  anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25,  menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan  mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak  berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara  ke rumah yang baru  didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia  (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma  tajaan ATM  dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana  perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.

Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk  berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita  memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah  berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah  tinggal sejak empat tahun lalu.

“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di  Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta  anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

“Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar  sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun  dipertikaikan, apatah lagi  nafkah anak-anak?” soal Rita.

Aidil tepis tuduhan punyai wanita lain

Dalam perkembangan berkaitan, Aidil turut menepis tuduhan kononnya  dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan  rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum  ini.

Aidil berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana  individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai  pemain bola sepak.

“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak  berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan  bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.

“Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan  wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya  menerusi laman sosial Twitter,” katanya selepas prosiding selesai.

Dalam pada itu, Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita  walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan  yang dibuat isterinya itu melalui media.

“Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan  kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia  kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan  mendengar kata,” tuturnya.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki  iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia  kira-kira setahun.

-mStar Online

Projek DAP Pikat Melayu Gagal, Bakal Kecundang Pada PRU-13
KEPUTUSAN mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.

Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas beliau  diberi satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.

Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap talam dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalam Bersih 3.0.

Mereka menggunakan PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz,  selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa UMNO menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, daif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP tetapi malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Mekayunyang lain, bak kata pepatah, sekali sudah kena beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.

- BERUANG BIRU

Bekas KP Tourism Malaysia Bebas Tuduhan Pecah Amanah
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk  Mirza Mohammad Taiyab Beg dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas  tuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM888,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Khamis  memerintahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima  facie terhadap Mirza, 52, dan membebaskan beliau tanpa dipanggail  membela diri.

Menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Zulkifly berkata, dalam kes  ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan Mirza telah melanggar  undang-undang atau obligasi kontrak apabila memindahkan dana kepada LCL  Interior LCL Dubai, dan telah gagal untuk berbuat demikian.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga tidak membuktikan unsur-unsur  pertuduhan, serta tarikh kesalahan dalam pertuduhan itu adalah  samar-samar.

Juga dibebaskan daripada pertuduhan yang sama ialah bekas Ketua  Pegawai Operasi (COO) Pempena Sdn Bhd Mohammad Rosly Md Selamat, 58.

Mirza dan Rosly telah dituduh membayar RM888,000 dana syarikat yang  diamanahkan kepada mereka dalam kapasiti mereka sebagai pengarah dan  Ketua Pegawai Operasi syarikat masing-masing kepada syarikat asing LCL  Interior LCL Dubai ke atas projek untuk membina sebuah restoran di  Dubai, walaupun pada hakikatnya projek itu tidak tidak memenuhi  keperluan.

Mahkamah penuh sesak apabila keputusan itu dibacakan.

Mirza yang kelihatan berseri-seri berjabat tangan dan memeluk  kawan-kawannya, rakan-rakan yang penyokong di luar mahkamah selepas  keputusan itu disampaikan.

“Saya amat gembira. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana keputusan  itu,” kata Mirza sambil menambah beliau juga berterima kasih atas  sokongan keluarga dan peguamnya.

- mStar Online

Diplomat Singapura Melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah?
MALAYSIA mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7 hingga 10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah.

Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata ‘ada aku kisah?’

Tetapi, apabila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan serta marah.

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku.

Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa.

Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang.

Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura.

Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.

Dan siapa tidak tahu hubungan ‘abang-adik’ PAP dengan DAP.  Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana.

Untuk apa? Apa agendanya?  Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura?   Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas.  Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS.

Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk ‘membantu’ adik-angkatnya di Kedah.  Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk ‘pelaburan’ melalui ‘kerjasama’.

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima ‘pelaburan’ dan ‘kerjasama’ dengan Singapura?

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap ‘kebijaksanaan’ pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain.

Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat ‘kebijaksanaan’ pemimpinnya.

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini.  Jika tidak benar, katakan tidak benar.

Jika benar, katakanlah kenapa.

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan

- BERUANG BIRU

Calon Bukan Islam PAS Sedia Disabotaj Dan Dimaki Hamun Penyokong Parti Itu?
PENGERUSI Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengumumkan bahawa PAS bersetuju untuk meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, PAS menjanjikan dua kerusi DUN di Johor dan satu kerusi Parlimen di Sarawak akan diberikan kepada calon bukan Islam.

Bagaimanapun, Pang Chaw menjelaskan bahawa pihak Dewan Himpunan Penyokong PAS sebelum ini menuntut parti itu memberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di setiap negeri kepada calon-calon bukan Islam dari dewan tersebut.

PAS sebelum ini pernah meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili parti itu pada PRU ke-12 yang lalu apabila R Kumutha dicalonkan di DUN Tiram, namun kalah teruk kepada calon BN, Maulizan Bujang.

Nampaknya PAS masih belum lagi sedar dan belajar dari kesilapan besar yang lalu.

Ketika Kumutha dicalonkan di Johor pada PRU ke-12 yang lalu, tindakan PAS itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak dari kalangan para penyokongnya di seluruh negara, khususnya di negeri itu.

Para penyokong PAS merungut keras dan mempersoal tentang apakah PAS sudah ketandusan umat Islam untuk dijadikan calon parti tersebut?

Malah, ada di kalangan puak-puak totok PAS yang mempertikai sama ada Kumutha sudah “berkhatan” atau belum untuk menjadi calon parti itu dulu.

Sebenarnya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dibuka keahliannya kepada golongan bukan Islam di negara ini sememangnya tidak direstui oleh ramai pemimpin-pemimpin PAS dan para penyokong parti itu, khususnya dari golongan ulama.

Pada mereka, memberikan satu undi kepada individu bukan Islam adalah satu perbuatan yang melanggar prinsip perjuangan meng”aula”kan pemimpin di kalangan umat Islam, terutamanya kepimpinan ulama.

Doktrin tersebut telah lama diterapkan di dalam diri setiap penyokong PAS sejak di zaman penubuhan parti itu lagi.

Namun, keputusan pimpinan PAS yang terdesak untuk memancing undi golongan bukan Islam dengan membuka keahlian kepada sayap ‘kafir” PAS itu dilihat sebagai satu liabiliti kepada parti itu.

Justeru itu, tidak hairanlah Kumutha telah disabotaj oleh para penyokong PAS di Johor pada tahun 2008 yang lalu. Bukan saja disabotaj, malah calon bukan Islam itu turut dikutuk dan dihamun di belakangnya. Padanlah dia kalah teruk!

Dan kali ini, PAS bakal kehilangan 2 buah kerusi DUN di Johor dan sebuah kerusi Parlimen di Sarawak jika mereka benar-benar mengotakan janji memberi pencalonan kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS itu.

Selanjutnya, kita lihat pula siapakah yang bakal disabotaj oleh para penyokong PAS di DUN-DUN dan Parlimen yang bakal ditandingi itu. Dan kita dengar pula berapa banyak caci maki penyokong PAS kepada calon-calon bukan Islam tersebut.

Saya faham bahawa ada di kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak sabar-sabar mahu menjadi calon PAS pada PRU ke-13 nanti.

Namun apakah mereka sudah bersedia untuk menjadi senasib dengan Kumutha pada PRU ke-12 yang lalu?

Seperkara yang perlu diingat oleh calon-calon bukan Islam PAS itu, mereka harus tahu bahawa para penyokong PAS yang beragama Islam tidak akan sekali-kali dapat terima individu bukan Islam mewakili parti mereka, sedangkan parti itu sepatutnya memilih umat Islam di kalangan mereka sebagai calon.

Biar apa pun, kita nantikan saja apa yang akan berlaku nanti. Di kala PAS semakin kehilangan kerusi akibat dicuri oleh PKR dan DAP di banyak DUN serta Parlimen dan mampukah parti itu menjadi kuasa politik dominan di dalam perebutan kuasa di dalam Pakatan Haram?

- PANDORA

Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP), Khamis,  menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif kepada  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan dan usaha  berterusan beliau dalam membangunkan industri automotif negara.

Penganugerahan itu disempurnakan Canselor UMP Tengku Abdullah Sultan  Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP di sini.Turut hadir Tun Dr  Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk  Saifuddin Abdullah.

Tengku Abdullah bertitah Dr Mahathir berjaya memajukan industri  automotif nasional dan menempatkan Malaysia sebagai negara yang berdaya  saing tinggi di pentas global.

“Kini selepas 29 tahun, Malaysia berbangga kerana dapat memanfaatkan  kepakaran tenaga tempatan bagi memajukan industri automotif nasional  dari peringkat reka bentuk hinggalah pembangunan enjin.

“Pengurniaan Ijazah Kehormat ini akan menginspirasikan lebih banyak  kejayaan dan kecemerlangan anak watan Malaysia,” titah baginda.

Tengku Abdullah menyarankan agar UMP terus memberi tumpuan memastikan  pembangunan universiti itu melalui aktiviti penyelidikan, perundingan,  penyebaran ilmu pengetahuan dan pembangunan modal insan.

Tun Dr Mahathir ketika berucap berkata, warga sebuah negara merdeka  hendaklah membangunkan keupayaan ekonomi dalam acuan kemerdekaan tanpa  perlu mengkompromi kedaulatan tanah air dalam apa jua bentuk, secara  sedar atau sebaliknya.

Beliau berkata industri automotif yang dibangunkan itu juga turut  berpaksikan kesedaran patriotik bahawa anak watan perlu belajar  mempercayai dan menghargai jenama nasional.

“Kemajuan sains dan teknologi yang dicapai oleh orang lain juga boleh  di miliki negara kita sekiranya kita berani belajar dan mencuba serta  sanggup bersusah payah mengusahakannya dengan cara kita sendiri.

“Industri automotif nasional yang dibangunkan ini tidak semata-mata  menghasratkan Malaysia sebagai peneraju pemasangan kenderaan sahaja,  sebaliknya menguasai semua aspek industri tersebut yang meliputi reka  bentuk, pembuatan komponen, kejuruteraan sehinggalah pembangunan enjin,”  katanya.

Beliau berkata hanya melalui penguasaan kesemua aspek itu, maka misi industri automotif nasional dapat disempurnakan.

Pada masa yang sama, kata Dr Mahathir, nilai patriotisme dalam  industri ini turut berkait dengan kemampuan negara ini untuk  mengeluarkan tenaga pakar dan mahir untuk mengekalkan kemapanan industri  automotifnya, tanpa terlalu bergantung kepada sumber luar.

“Institusi pengajian tinggi tempatan turut berperanan dalam  menawarkan program-program akademik yang dapat membangunkan industri  ini.

Penggunaan tenaga tempatan dalam industri automotif nasional secara  tidak langsung mengekalkan integriti jenamanya tanpa perlu terikat  kepada campur tangan asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata UMP turut berperanan aktif membangunkan  kejuruteraan automotif sebagai antara bidang kebitaraan universiti itu.

“Sebagai contoh, kerjasama yang dijalinkan antara UMP dengan rakan  strategiknya dari negara Jerman iaitu Karlsruhe University of Applied  Sciences dalam penawaran ijazah berkembar bidang kejuruteraan automotif  mampu mencorak industri automotif nasional dengan signifikan dengan  penglibatan lebih ramai tenaga pakar tempatan.

“Inilah yang dibuktikan melalui pembangunan industri automotif nasional yang bermula dengan Proton Saga tahun 1983,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir berkata  penganugerahan ijazah kehormat kepada Dr Mahathir lebih bermakna ketika  universiti itu menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya.

“Keyakinan pihak luar terhadap perkembangan industri automotif  Malaysia yang berada di atas landasan yang kukuh pada hari ini turut  memudah cara kerjasama UMP dengan universiti terkemuka di Jerman untuk  mewujudkan kerjasama seperti program dwi-ijazah dalam bidang automotif,”  katanya.

- BERNAMA

Guan Eng terima perletakan jawatan Tunku Aziz, namun enggan balas serangan peribadi
KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng enggan untuk melakukan  “serangan balas peribadi” terhadap bekas Naib Pengerusi DAP yang telah  meletak jawatan, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mengatakan  Setiausaha Agung DAP itu telah menghinanya apabila mengemukakan tawaran  sebelum beliau meninggalkan parti pada malam Isnin lalu.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebaliknya berterima kasih di  atas jasa Tunku Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP selama empat  tahun sebelum ini.

“Saya tidak ingin bertukar serangan peribadi dengan Tunku tetapi  ingin merakamkan penghargaan parti atas jasanya selama empat tahun  sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Menurut kenyataan tersebut, Lim mengesahkan telah menerima surat  perletakan jawatan daripada Tunku Aziz yang juga merupakan pengasas  kepada Transparency International Malaysia semalam, dan telah cuba untuk  menghubunginya, namun gagal.

“Saya telah menerima surat perletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada Parti DAP semalam.

“Saya telah mencuba untuk menghubungi beliau sejak pengumumannya  untuk meletakkan jawatan pada hari Isnin, tetapi tidak berjaya,” kata  Lim lagi.

Tunku Aziz sebelum ini dipetik laporan The Star berkata, Lim cuba  memujuknya dengan menawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dan  “menawarkan pelancongan sebagai umpan.”

“Kemudian semalam, Zairil Khir Johari (setiausaha politik Lim)  menghubungi saya dan menawarkan pendapatan berjumlah RM50,000 jika saya  bersetuju.

“Ia adalah satu penghinaan, dan saya rasakan ia datang daripada individu yang langsung tidak mempunyai rasa hormat.

“Adakah beliau merasakan saya orang yang macam itu? Individu ini  tidak mempunyai rasa hormat. Perkataan yang paling sesuai untuknya  adalah biadap,” katanya dipetik akhbar Inggeris tersebut.

Namun sumber DAP berkata kepada The Malaysian Insider, tawaran  tersebut benar-benar “ikhlas” dan tidak ada kaitan dengan tindakannya  keluar daripada DAP.

Lim sebelum ini berkata, parti itu boleh menerima perbezaan pendapat  beliau dah masih mempunyai ruang yang luas dan tempat untuk beliau  sebagai naib pengerusi.

“Parti tidak akan sesekali mengambil apa-apa tindakan terhadap Tunku  kerana menyuarakan perbezaan pendapatnya atau pun meminta agar beliau  keluar atau letak jawatannya,” katanya.

“Jika Tunku Aziz berhak untuk menyuarakan pendapatnya yang berbeza,  hak parti untuk menyatakan pendirian dalam isu dasar yang asas ini harus  dihormati juga,” tambahnya lagi.

Lim juga berkata beliau berasa “dukacita” kerana Tunku Aziz ingin  keluar dari DAP dan akan menghubunginya untuk memujuk beliau memikirkan  semula keputusan itu.

“Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawan,” ujar beliau.

Dalam satu temuduga bersama penyiar televisyen swasta tempatan, NTV7,  Tunku Aziz berkata beliau tiada pilihan melainkan keluar DAP berikutan  perbezaan pendapat yang “luas dan tidak dapat diselesaikan” mengenai  perhimpunan Bersih 3.0.

Tambahnya lagi, beliau telah “menerima amaran dari kawan-kawan serta rakan sekerja bahawa [beliau] mungkin akan dipecat.”

Tunku Aziz juga menjelaskan bahawa beliau sentiasa menyokong Bersih,  namun beliau hanya tidak setuju selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL) serta pihak polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran  Merdeka.

“Naum mereka mendakwa saya tak merujuk kepada pemimpin. Kenapa saya  perlu merujuk pada ketua jika saya tak melanggar perjanjian untuk  menyokong Bersih?

“Perbezaannya ialah saya tak akan sokong Bersih jika ia terlibat dengan akitiviti haram,” beliau berkata.

Tunku Aziz, yang dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sebaik sahaja  menyertai parti itu pada tahun 2008, juga berkata bahawa “kerajaan  berada pada landasan betul” kerana sedia mendengar tuntutan rakyat.

“Mereka sudah tahu mengenai protes kami, tapi jangan lupa, mereka sebuah kerajaan sah yang dilantik kami.

Kita sudah lakukan 3 demonstrasi Bersih. Adakah kamu rasa kita perlu  lakukannya lagi? Sebuah kerajaan yang tidak mendengar tuntutan rakyat  tidak akan lakukan semua ini,” kata beliau.

DAP telah cuba memenangi hati kaum Melayu, yang membentuk 60 peratus  dari 12 juta pungundi, dengan melantik ketua seperti Tunku Aziz.

Namun Tunku Aziz mengaku kegagalannya untuk menarik minat kaum Melayu  kepada parti yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Lim bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini hanya berharap agar masa  dapat menentukan pihak mana yang berada di landasan yang benar.

“Biar masa yang menentukan siapa yang berada di pihak kebenaran.”

- THE MALAYSIAN INSIDER

PAS Setuju Letak Calon Bukan Islam Di Johor Dan Sarawak
KUALA LUMPUR: PAS bersetuju meletakkan calon dari  kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor  pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata dua  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi  Parlimen di Sarawak.

“Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS  pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri,  tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun DUN.

“Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan  akhir bergantung kepada PAS pusat,” katanya kepada Bernama di sini,  Khamis.

DHPP adalah sayap kepada PAS, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Hu berkata dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP, mereka  memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada  faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak  menang.

Sebagai contoh, meletakkan calon PAS dari kalangan DHPP di kawasan  yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam  keadaan sukar untuk mencapai kemenangan, katanya.

Hu berkata senarai calon dari sayap DHPP akan dihantar kepada PAS  pusat melalui PAS negeri, dan setakat ini, calon untuk Kedah, Perak,  Selangor, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan seorang calon dari kaum  India untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tiram di  Johor, dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).

- BERNAMA